BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, Februari 12

!! BERPISAH AKHIRNYA !!


SETELAH menjalin hubungan sekian lama,
tiba-tiba ikatan dilanda badai.
Sama ada si dia mula menunjukkan
tanda curang atau berlaku sesuatu
di luar jangkaan lalu hubungan menjadi
tegang dan berakhir dengan perpisahan.
Berikut adalah panduan untuk membantu anda mengesan
lebih awal bibit perpisahan sebelum anda berasa terlalu terluka:
SATU Antara tanda hubungan bakal berakhir apabila
anda berdua sering bergaduh disebabkan
perkara remeh-temeh.
Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah,
tetapi jika kerap berlaku,
ia petanda bahaya.
Menjadikan hal sekecil semut menjadi
sebesar gajah bermakna
ada perkara yang anda berdua takut untuk hadapi.
Adakah ketakutan untuk berterus-terang mengenai
perpisahan membuatkan anda berdua masih bersama?
Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi
atau mengelak daripada anda?
Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu
berasa tidak selesa dengan perkara yang kurang disenanginya.
Jika pasangan anda ada ciri untuk menjauhkan diri,
anda patut berasa risau.
Contoh paling mudah adalah dia
sukar dihubungi melalui telefon.
Dia juga seronok melakukan aktiviti tertentu
seorang diri sedangkan dulu,
ia sangat menyeronokkan untuk anda berdua melakukannya.
KEDUA Satu perkara paling menyakitkan adalah membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Memang mengguris perasaan apabila si dia menyatakan tidak boleh menyayangi anda lagi sedangkan anda sudah memberikan segala-galanya kepada si dia.
Selepas berfikir panjang,
anda sedar bahawa anda sudah lama
menangguh untuk membuat
keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar
untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.
KETIGA Apabila sedar anda tidak selesa, sepakat atau
sehaluan dengan dia,
ini masa untuk berpisah.
Anda harus menyukai dia seperti mana anda mencintai dia.
Memang cinta adalah segalanya,
tetapi cinta saja tidak cukup sebagai
alasan untuk terus bersama.
Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu
jika anda menghadapi masalah dengannya.
Anda tentu lebih bahagia bersama orang yang anda
cinta dan selesa untuk hidup bersamanya.
KEEMPAT Anda rasakan tiada keserasian.
Jika anda dan pasangan sedar tiada tarikan seksual
yang boleh mengikat anda berdua,
maka anda dan pasangan harus membebaskan diri
masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh
memberi anda keperluan ini.
Sebelum itu, haruslah sedaya upaya
untuk membetulkan keadaan
terlebih dulu bagi mengelak keputusan terburu-buru
dan menyesal di kemudian hari.
Percayalah bahawa setiap situasi ada pengajarannya,
begitu juga anda dan pasangan.
Sudah tiba masa untuk anda meneruskan perjalanan
apabila sebelah pihak dalam sebuah hubungan sudah berubah
dan mempunyai haluan berbeza daripada segi kehidupan dan matlamatnya.
KELIMA Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri
tidak mahu selesaikan.
Ia mungkin membabitkan masalah besar.
Jika pasangan memilih untuk tidak melakukan
apa-apa terhadap masalah ini
atau lebih teruk tidak mengaku bersalah,
maka anda tiada alasan kukuh untuk
tidak mengakhiri hubungan ini.
KEENAM
Si dia menolak untuk bekerjasama
membaik pulih hubungan.
Situasi ini paling menyedihkan.
Jika si dia memang tidak aktif ataupun memang tiada niat langsung untuk
memulihkan kembali hubungan biarpun dia ada konflik dalaman,
anda harus sedar bahawa tiada
kesepakatan dalam hubungan ini.
Selain itu, jika anda dan pasangan sudah tidak sehaluan,
tetapi anda masih ada perasaan sayang padanya,
ketahuilah setelah bersama yang baru kelak,
anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih
daripada apa yang anda rasai sekarang.
Inilah hukum alam yang patut disedari.
Psikologi manusia sentiasa
menginginkan yang terbaik
dan lebih baik daripada yang lalu.
KETUJUH
Cinta memang boleh membunuh.
Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan.
Namun, kita berhak untuk menerima kebahagiaan
daripada orang yang benar-benar menyayangi
kepada seorang sahabat
yang menjadikan kisah putus cinta
sebagai alasan untuk mengundurkan
diri kebelakang..
PERCAYALAH
dunia tidak pernah mahu bersimpati
dengan manusia yang keluh kesah
PERCAYALAH
dunia tidak akan berhenti.
untuk itu.
PERCAYALAH
itu bukan yang terbaik untuk kamu.

0 ulasan: